Sunday, 30 March 2008

HAYATI DAN RENUNGKANLAH

"Perjuangan Yang Belum Selesai"

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

Saturday, 29 March 2008

Bertemu kembali

Selamat bertemu kembali,setelah sebulan blog ini tidak di update kan kerana kesibukan semasa musim piliharaya....Disini disertakan beberapa gambar aktiviti semasa musim pilihanraya yang lalu.


Tuesday, 12 February 2008

FAKTA PILIHANRAYA

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12

Hari mengundi
8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon
24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen
13 hari
Jumlah pemilih berdaftar
10,922,139
Pemilih awam
10,701,054
Pemilih pos
221,085
Jumlah parti politik berdaftar
30
Jumlah kerusi Parlimen
222
Jumlah kerusi DUN
505 sumber:Utusan Malaysia

PENGUMUMAN SPR

Penamaan calon pada 24/02/08
Hari mengundi pada 08/03/08
Marilah mari pergi mengundi
Tunaikan kewajipan pada negara.

PAK LAH (PL)-BUBAR PARLIMEN

PM Pak Lah(PL) hari ini 13/02/2008 mengumumkan pembubaran parlimen.Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Friday, 8 February 2008

Bercuti Di Melaka......


BERCUTI DI MELAKA….
INGINKAN RUMAH YANG SELESA DAN MURAH???
HANYA RM120.00 SEMALAM.

KEMUDAHAN YANG ADA DIDALAM RUMAH:-

-PERABOT
-ASTRO
-3 BILIK/2 BILIK AIR

KEMUDAHAN YANG BERDEKATAN:-

-PEJABAT KERAJAAN
-MASJID AL-ALAMI-
RESTORAN 24 JAM
-wifi

ALAMAT:PANGSAPURI, TAMAN TASIK UTAMA
AYER KEROH, MELAKA

Al-Fatihah

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan Al-fatihah untuk bekas mufti selangor yang banyak berjasa kepada agama,bangsa dan negara. AMIN