Monday 4 August 2008

MANTAPKAN PERSAMAAN KITA, LENYAPKAN PERBEZAAN KITA...

Perbincangan hangat pro dan kontra tentang muzakarah PAS - UMNO yang tersangat hebat diperkatakan umum sejak kebelakangan ini merupakan isyarat penting keterbukaan UMNO dalam memastikan walau apa jua lanskap politik yang telah berubah akibat dari dari keputusan PRU12 beberapa purnama yang lepas, masa hadapan agama Islam dan juga orang Melayu seharusnya menjadi fokus utama pejuang-pejuang bangsa. Saya percaya skop ini tidak sesuai untuk disempitkan hanya kepada muzakarah dengan PAS sahaja. Ramai di kalangan para pemerhati politik berpandangan bahawa gerakerja tersebut harus diperluaskan kepada berbagai pihak lagi yang turut bertanggungjawab dalam memertabatkan perjuangan agama, bangsa dan negara.
MAT SIRAT - WALAUPUN KITA MUNGKIN MEMPUNYAI IDEOLOGI POLITIK YANG BERLAINAN, KITA SEHARUSNYA BERSATU DALAM SENTIMEN AGAMA DAN JUGA KEPENTINGAN BANGSA. MANTAPKAN
PERSAMAAN KITA DAN LENYAPKAN PERBEZAAN KITA...

Dipetik dari siratansuratan.blogspot.com