PEKAN 18 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat bukan menolak Barisan Nasional (BN) tetapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.
Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Perdana Menteri berkata, sekalipun berlaku tsunami politik semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lepas itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.
“Maknanya rakyat tidak tolak BN tapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan meraikan perdana menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.
Najib berkata, pemimpin BN kini perlu mencontohi pemimpin terdahulu yang sentiasa bersama rakyat dan mengutamakan kepentingan rakyat. - Bernama
2 comments:
RAKYAT TAK TOLAK BN,RAKYAT CUMA TOLAK NAJIBCuma nak sedapkan hati...hakikatnya semua orang dah tahu yang BN sedang mengalami menopaus...dah tak boleh nak pakai lagi.Aku selalu mengagumi pejuang-pejuang dulu yang bekerja keras dan ikhlas untuk rakyat dan bangsa,tapi sekarang UMNO dilihat terlalu elit dan seperti golongan bangsawan yang sangat sukar untuk didekati oleh masyarakat.DS Najib pulak sampai sekarang masih belum mampu untuk menjawab segala tohmahan yang telah ditembak oleh pembangkang...lakukan sesuatu!!! jangan biar sahaja maruah anda dijatuhkan...Kepada penulis blog, aku sangat faham keinginan kau untuk melihat melayu bersatu,sama seperti aku...tapi hingga kini kita masih belum menjumpai titik pertemuannya...sabarlah,masa itu akan sampai,insyallah... tapi buat masa ini.LAWAN TETAP LAWAN!!!
Salam sdra,
Memang rakyat tak tolak BN tetapi pemimpin yang rasuah saperti ALI RUSTAM sepatutnya di tolak.
Bila lagi, orang MELAKA nak sedar dari mimpi dan masih memerlukan pemimpin perasuah saperti ALI.
SDRA, sebagai anak jati BUKIT DUYONG sepatutnya, bertindak mengesa supaya ALI letak jawatan, ALI kini menjadi liabiliti bagi UMNO.
Post a Comment