Sungai Rapat Online membaca satu komen yang cukup bernas dan cukup bermakna dalam Sinar Harian Online iaitu pengalaman kita semasa belajar di Indonesia. Wajar pengalaman beliau dikongsikan bersama semoga kita semua mendapat manfaatnya.
Hanya hendak berkongsi pengalaman sepanjang saya lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat hendak memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang-orang Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim(kafir) dibiarkan begitu sahaja.
Di satu sudut memang agak lucu, tapi di sudut yang lain terdapat keseriusan di dalamnya.
"Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku"..
wakakaka..
"Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat Malaysia"
Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di Malaysia 5 ke 10 tahun lagi kalau macam ni la perangai Hadi Awang, Khalid Samad, Nik Ajis dan Anwar Ibrahim masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.
Jika Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim berjaya menguasai Malaysia mungkin tak sampai dua tahun semua yang berlaku di Indonesia akan berlaku di Malaysia.
Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.
Sumber: Sungai Rapat Online
No comments:
Post a Comment