Saturday, 13 December 2008

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Baru

Mereka yang mempunyai pekerjaan dinasihatkan melengkapkan diri lagi dengan kemahiran baru bagi memudahkan lagi mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang, jika berlakunya kegawatan ekonomi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkata pekerja sama ada di sektor awam atau swasta yang memperoleh pencapaian terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dalam menghadapi kegawatan ekonomi negara yang dijangka pada tahun depan.
Sumber BERNAMA
Anak Jati Bukit Duyong -di bawah ini email yang dikirimkan kepada saya mengenai peluang untuk mendapatkan kemahiran baru, diharap ia dapat memberi panduan yang berguna kepada yang berminat.

Tuesday, 9 December 2008

Akibat Politik Wang

Umno telah mula mendapat tempias akibat dari amalan politik wang yang berleluasa semasa musim pemilihan ini. Beberapa aktivis UMNO di Australia telah dipinggirkan oleh pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di sana disebabkan isu politik wang.
Perkara ini telah didedahkan oleh ahli MT Datuk Mustapa Mohamed dalam pertemuan beliau bersama ahli-ahli kelab UMNO di Australia termasuk di Perth, Canberra dan Melbourne, mereka telah menyuarakan kebimbangan mengenai UMNO yang dipinggirkan ekoran gejala itu.
Kewibawaan UMNO telah dipersoalkan dan ini menyebabkan kesukaran untuk menarik minat golongan muda dan pelajar untuk menyertai UMNO.

Anak Jati Bukit Duyong- Ini yang dimahukan? kalau ini yang diinginkan teruskanlah...

Sunday, 7 December 2008

Pakatan Rapuh, BN Yakin Menang

PEKAN 7 Dis. - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak sefahaman yang berlaku antara parti-parti pembangkang dalam pakatan pembangkang akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusinya dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pakatan pembangkang kini semakin rapuh dan sering gagal mencapai persefahaman dalam beberapa isu.

``Sebenarnya, pakatan pembangkang telah retak dan hubungan mereka semakin renggang. Berlaku tidak sefahaman dalam pakatan ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan 179 ekor lembu korban dan cermin mata kepada penduduk di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kini kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

Berikutan kekosongan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh pilihan raya kecil kawasan itu, manakala 6 Januari sebagai hari penamaan calon.

Najib seterusnya berkata, kerapuhan yang wujud dalam pakatan pembangkang jarang dipaparkan dalam media berbanding apa yang berlaku dalam BN.

``Jangan hanya melihat kepada BN sahaja yang mengalami tidak sefahaman, pakatan pembangkang juga mengalami keadaan yang sama,'' jelasnya.

Meskipun wujud tidak sefahaman dalam BN, katanya, ia adalah perkara kecil dan tidak akan menyebabkan peluang UMNO untuk mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil itu terjejas.

Menurut beliau, penduduk kawasan itu masih memerlukan parti yang mampu melaksanakan tanggungjawabnya demi masa depan mereka.

Dalam pada itu, Najib memberitahu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin empat peringkat UMNO Bahagian Kuala Terengganu, kelmarin.

Dalam pertemuan itu, katanya, beliau telah mengarahkan UMNO negeri itu supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil pada bulan depan.

Mengulas calon yang bakal diletakkan BN pada pilihan raya kecil itu, Najib menjelaskan, perkara itu akan diumumkan apabila tiba masanya.

Ditanya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyerahkan kepada rakyat untuk mengembalikan kekebalan raja, beliau enggan mengulas perkara tersebut. - Utusan

SALAM AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam terutama kepada pengunjung blog ini. Mudah-mudahan pengorbanan dan pejuangan dalam mempertabatkan agama dan bangsa kita diterima dan direstui olehNya. Amin.

Anak Jati Bukit Duyong-kepada yang mengerjakan ibadat haji semoga ibadat mereka diterima oleh Allah s.w.t dan mendapat haji yang mabrur.

Saturday, 6 December 2008

Tanah Runtuh Lagi

Dalam minggu ini dan minggu lalu telah belaku beberapa kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan yang terbaru telah berlaku di Bukit Antarabangsa pada pagi ini jam 4 pagi 6/12/08 telah menyebabkan dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap.

Anak Jati Bukit Duyong-adakah ini semua dugaan dari Mu atau di sebabkan oleh kelalaian manusia.Kepada mangsa-mangsa tanah runtuh saya mengucapkan takziah dan berbanyaklah bersabar.

Thursday, 4 December 2008

Ibadat korban mengikut sunah

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima oleh Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi SAW.Klik disini.

Anak Jati Bukit Duyong-tujuan saya membuat posting ini untuk kita sama-sama mengingati dan mempelajari apa yang sepatutnya kita laksanakan dalam melaksanakan ibadat korban.

Monday, 1 December 2008

UMNO patut bangkit bersuara...komponen BN perlu tutup mulut

Isu ketuanan Melayu nampaknya masih belum reda, malah parti komponen BN pun turut menghentam. Sebelum ini, Ketua Wanita Gerakan, Dato' Tan Lian Hoe telah membangkitkan perkara itu. Khamis lalu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek pula menolak konsep ketuanan Melayu dengan mengatakan ia tidak relevan dan ditolak pelbagai kaum.

Kenyataan beliau kemudian disokong oleh Ketua Wanita MCA, Dr Che Mei Fun yang mengatakan bahawa tanah air ini milik semua rakyat dan mereka adalah tuan tanah Malaysia. Terbaharu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendakwa istilah ketuanan Melayu menggambarkan seolah-olah seperti hubungan hamba dengan tuan.

Kelantangan mereka ini mungkin kerana pemimpin Melayu berdiam diri kononnya ingin menjaga hati dan perasaan kaum lain. Lantas mereka terus menerus dihina. Perkara ini diakui sendiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

“UMNO harus bangkit bersuara dan parti-parti komponen di dalam BN pula harus tutup mulut dan jaga hal masing-masing.

“Orang luar dari UMNO, termasuk parti-parti komponen BN tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, khususnya ketuanan Melayu. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen adalah tidak sihat dan boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti di dalam BN,” katanya.

“Selama ini kita bersikap toleransi, tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat kebelakangan ini memang mengundang reaksi. Parti-parti komponen harus mengelak daripada terus bercakap mengenai isu ini yang mengguris hati UMNO.

Beliau mengakui isu ketuanan Melayu timbul akibat salah faham dan pengertian kerana setiap orang mempunyai kefahaman dan pandangan berbeza mengenainya, terutamanya penggunaan istilah “tuan”.

“Adalah lebih baik kita menumpukan perhatian mencari jalan cara terbaik menyatupadukan rakyat.,” tambahnya.

Sehubungan itu Mukhriz mencadangkan supaya langkah menyatupadukan rakyat dibuat di peringkat sekolah. “Semua sekolah harus diserapkan ke dalam satu sistem persekolahan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perantara, kecuali bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

“Sistem ini telah digunakan di hampir seluruh negara di dunia. Sudah tiba masanya kita melahirkan satu bangsa yang bersatu padu daripada peringkat sekolah. Sistem ini boleh dinamakan sebagai sistem pendidikan Malaysia.

Mengikut sistem, kita boleh menetapkan mata pelajaran Bahasa Mandarin diwajibkan bagi pelajar Cina dan Bahasa Tamil diwajibkan bagi pelajar India. Pada masa yang sama mata pelajaran ini juga terbuka kepada kaum lain. Dengan cara ini kita boleh menggalakkan pelajar menguasai tiga bahasa.

Apabila ditanya samada beliau tidak bimbang cadangan ini akan dijadikan isu oleh kaum lain, Datuk Mukhriz berkata, sistem yang dicadangkan ini adalah sistem yang demokrasi.

“Kita boleh mengekalkan sekolah-sekolah yang sedia ada seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan, cuma sistem pelajarannya sahaja yang berubah,” katanya. - 1/12/2008

Sumber Agenda Daily