Friday, 19 December 2008

Anak Jati Bukit Duyong jadi mangsa pecah rumah

Untuk pengetahuan semua pengunjung blog ini, satu kejadian pecah rumah telah berlaku di kediaman saya pada pagi 19/12/08 (Jumaat).Barang yang hilang ialah laptop serta broadband, psp kesayangan anak saya, 2 buah handphone dan jam tangan saya (hadiah dari isteri tersayang sempena ulangtahun perkahwinan).
Kepada yang membuat angkara tersebut ingatlah tuhan sentiasa memerhatikan gerak-geri kita semua dan ingatlah pembalasan dari Nya.
Buat diri saya, ini mungkin satu peringatan dari Nya supaya sentiasa berhati-hati dan perlu bermuhasabah diri.

2 comments:

panglimapitas said...

Salam..
di harap sudara bersabar dengan ujian yang maha esa..
yang penting kita sentiasa ingat kepada Allah yamh maha berkuasa

Jafma Niaga MA-0044016-M said...

panglimapitas,
terima kasih atas nasihat saudara.