Saturday, 2 June 2012

Yand Di Pertuan Agung Bersuara...

tuankusultanabdulhalim513Jarang sekali, Yang di-Pertuan Agong bertitah begini.... ramai yang terkejut melihat titah Seri Paduka yang jelas mahu segenap lapisan rakyat Malaysia bersatu menentang cubaan pihak tertentu untuk membuat kekecohan dan ketidakharmonian di negara ini.
Jika diamati, ini merupakan titah Seri Paduka yang begitu 'keras' dan berterus-terang.
Dalam ucapan diraja sempena keputeraan ke 84, Seri Paduka mengingatkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati agar tidak mudah terpengaruh oleh pihak itu yang hanya keluar untuk menyebarkan propaganda mereka sendiri.
"Beta menyeru kepada rakyat untuk lebih berhati-hati dan berfikir secara matang bahawa keamanan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini bukanlah sesuatu yang kita boleh perjudikan," titahnya.
"Tidak ada "peluang kedua" dalam memelihara keamanan dan keharmonian di negara ini" ujar Seri Paduka.
"Persoalannya, adakah kita mahu melihat negara yang tercinta ini 'binasa' kerana perbuatan kita?
"Jika ini berlaku, ia akan mengambil masa yang sangat lama bagi negara untuk kembali pulih seperti keadaan sekarang," titahnya lagi..
Tuanku Abdul Halim berkata beliau amat sedih pada percubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengancam keamanan dan keharmonian di negara ini.
Beliau berkata kumpulan-kumpulan ini, di bawah alasan "berjuang untuk hak-hak mereka" telah berjaya mempengaruhi minda rakyat.
"Mereka sebaliknya perlu menyalurkan kritikan atau bantahan mereka dengan cara yang bersopan santun," katanya.
Malaysia, katanya, melalui banyak "ujian", pemberontakan komunis dan 13 Mei rusuhan kaum.
"Kita perlu memastikan bahawa perkara itu tidak berlaku di negara ini sekali lagi," katanya.
Negera beberapa tahun kebelakangan ini dikejutkan dengan beberapa siri demontrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0.
Demonstrasi-demostrasi tersebut telah menimbulkan banyak kesusahan kepada berbagai pihak, tetapi diteruskan oleh pembangkang semata-mata kerana ingin menunjukkan 'hak' mereka.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, amat mengalakkan demostrasi jalanan sebegini. Beliau bahkan seringkali mengundang campur tangan asing dalam tindakan-tindakan beliau, termasuk baru-baru ini membawa sekumpulan ahli politik, media dan pejuang hak asasi asing menjadi pemerhati dalam demostrasi Bersih 3.0.
Sumber-AGENDADAILY

No comments: