Kerajaan
pada Rabu bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan
Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter
daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata
minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.
Katanya harga
jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus
di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran. - 6/6/2012
No comments:
Post a Comment