JOHOR BHARU - 'Dia Kena Minta Maaf Dengan Seluruh Rakyat Johor' - Titah
Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa
merasmikan pembukaan Dewan Undangan Negeri Johor pagi ini.
Sultan Johor bertitah adalah tidak perlu untuk memberi publisiti kepada
semua apa yang baginda telah lakukan untuk kebajikan. Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar bertitah baginda sentiasa menggunakan saluran yang betul
untuk melakukan sesuatu.
Oleh itu, baginda bertitah, orang-orang seperti bekas Menteri Besar
Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak perlu mengulas mengenai
tentang perkara yang beliau tidak tahu.
Sambil menyatakan kemarahan terhadap komen Nizar, Sultan bertitah adalah
lebih baik Nizar berdiam diri daripada membuat kenyataan.
"Adakah dia lupa adat istiadat Melayu kita atau dia memang jahil dan berfikiran cetek?
"Beliau tidak harus bertindak seperti bijak jika dia tidak mempunyai
pengetahuan tentang apa yang berlaku dan membuat kenyataan apabila tidak
tahu perkara sebenar," titah Sultan.
No comments:
Post a Comment