KUALA LUMPUR 26 Nov. - Perubahan yang dicadangkan untuk UMNO selepas pemilihan parti Mac depan mampu meningkatkan kuasa parti itu dan memastikannya terus relevan di kalangan orang Melayu.
Dekan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Durrishah Idrus berkata, tanpa perubahan yang tertentu orang Melayu tidak akan memandang UMNO masih relevan untuk mereka.
"Selain itu, UMNO perlu memastikan yang parti berkenaan memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat Melayu di negara ini dan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli parti sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dr. Durrishah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa UMNO perlu membuat perubahan utama dan melihat semula strukturnya selepas pemilihan Mac depan demi pengukuhan parti.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sosiobudaya Melayu Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, UMNO perlu memikirkan bentuk perubahan struktur yang dimaksudkan oleh Hishammuddin semalam.
Beliau berkata, struktur sekarang menyaksikan suara ahli UMNO di peringkat cawangan dibawa ke mesyuarat bahagian dan kemudian ke perhimpunan agung.
"Struktur sekarang hanya mendengar suara 2,300 hingga 2,500 ahli UMNO daripada 3 juta ahli secara keseluruhan pada setiap perhimpunan agung.
"Secara dasarnya, ia tidak mendengar suara akar umbi secara keseluruhan. Jika perubahan struktur hendak dilakukan, ia harus mengutamakan suara di peringkat akar umbi," katanya.
Zainal Abidin menambah, pemimpin UMNO perlu memperjuangkan nasib berbelas-belas juta penduduk Melayu di negara ini dan bukan hanya memperjuangkan kepentingan ahli-ahlinya sahaja.
"Para pemimpin UMNO juga perlu memikirkan semula apakah mereka sekarang ini memperjuangkan kepentingan kaum Melayu yang sebenar atau kepentingan perut masing-masing iaitu kepentingan individu," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm
1 comment:
Salam,
Saya kira usia anda serupa dengan usia saya bila melihat kepada gambar yang terpapar diblog anda. Bagaimanapun saya panggil anda adik sahaja. Lebih mulia kerana saya beranggapan saya sedikit tua satu dua tahun dari anda.
Beginilah kita...teringin sangat hendak melihat UMNO kembali seperti asalnya. LANDASAN PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA yang kita sangat, sangat, sangat cintai. Kita rasanya terkilan jika bulan mac 2009 nanti UMNO dihina dan dimaki oleh kaum kita sendiri. Sudah tentunya kerana kegagalan menghindari politik Rupiah.
Kenapalah generasi muda tidak sabar dan sanggup membuat tindakan 'membakar kelabu' yang selama ini terbukti berjaya menghalang mereka dari digigit nyamuk. Jika hanya pemimpin yang membuat angkara, ketepikan saja mereka. Bukan UMNO yang menghadapi bencana.
chilliriver.blogspot.com
BLOGGER PEMBELA NEGARA.
Post a Comment