Saturday 7 March 2009

Perhimpunan bantah PPSMI kecoh

KUALA LUMPUR 7 Mac – Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Masjid Negara petang ini bertukar kecoh apabila ribuan penyokong penganjur bertindak di luar kawalan dengan mengingkari arahan pihak polis.

Dianggarkan 5,000 penyokong yang berkumpul di pekarangan masjid itu serta Pasar Seni dan Kompleks Sogo berarak ke arah Istana Negara walaupun polis melarang mereka berbuat demikian.

Keadaan kecoh apabila penyokong berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan walaupun Polis Kuala Lumpur sebelum ini hanya membenarkan mereka berkumpul di Masjid Negara.

Dijangka beberapa tangkapan telah dibuat, namun belum ada pengesahan daripada pihak polis.

– Utusan.

1 comment:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Dalam demontrasi membantah PPSMI itu semalam ...
Amat malang apabila janji untuk tidak memakai apa2 lambang parti politik dimungkiri.
Amat malang apabila janji Sasterawan Negara untuk berkumpul hanya di masjid Negara dilanggari.
Amat malang apabila niat murni Sasterawan Negara berlima sahabat untuk menyampaikan memorandum kepada YDP Agong dicabuli oleh puak2 penyokong parti politik.
Amat malang apabila orang2 Cina dan India hanya jadi pemerhati sedangkan merekalah yang kuat menentang PPSMI.
Amat malang apabila bantahan hanya berlaku setelah enam tahun PPSMI berjalan.
Amat malang kerana pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dalam PPSMI tidak membatah sedangkan merekalah yang terlibat secara langsung.
Amat malang kepada guru2 yang selama ini bertungkus lumus mengajar dalam bahasa Inggeris tetapi dinafikan kebolehannya kerana kepentingan parti2 politk meraih populariti.
Amat malang apabila mereka yang tidak mengetahu tujuan serta perancangan yang telah, sedang dan kan dibuat oleh Kementerian Pelajaran terhadap isu PPSMI turut sama mengambil kesempatan.
Amat malang apabila ada penyokong2 parti politik yang berdemontarsi semata2 kerana diajak rakan padahal mereka tidak tahu butir2 yang berlaku.
Amat malang apabila hak pelajar-pelajar untuk belajar dalam apa-apa juga bahasa dinafikan oleh golongan yang berfikiran sempit.